uji coba

Sabtu, 05 Maret 2011

Warna Permata Dalam Tubuh

Warna Permata Dalam Tubuh

Batu permata asli atau alami mempunyai kegunaan untuk terapi kesehatan berbeda dngan batu permata buatan atau sintetis yang hanya berguna untuk perhiasan saja. Berdasarkan pancaran warna permata dari Shumann Meridian Frequency ,maka warna batu permata dapat terbagi menjadi 7 bagian.
Tubuh manusia mempunyai 7 bahagian asas yang digunakan untuk merawat sesuatu penyakit. Ketujuh-tujuhnya diwakili oleh warna masing-masing dan warna-warna inilah mewakili warna batu permata yang akan digunakan untuk merawat sesuatu jenis penyakit. 7 bahagian ini dapat diterangkan dengan melihat kepada gambarajah berikut:
7 Meridian Dalam Tubuh
7 
Meridian Tubuh Aura 7 Meridian
7 meridian ini bermula dari bawah iaitu bermula dari anggota seks hingga ke atas kepala yaitu di ubun-ubun kepala.
Untuk kaedah rawatan anda perlu memakai gelang seperti biasa di tangan dan letakkan di bahagian bermasalah berpandu kepada penyakit yang dilampirkan. Gelang boleh diletakkan di atas Meridian 1 hingga 7 terus di atas kulit atau di bawah pakaian jika perlu. Serapan getaran warna adalah lebih berkesan jika bersentuhan dengan kulit.

MERIDIAN 1 : WARNA MERAH
Jenis Batu Permata/Kristal:
Batu Delima, Garnet Merah, Jasper Merah, Coral, Almandine, Nilam Merah, Spinal, Akik Merah dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna merah

Keterangan :
Warna darah dan hangat. Warna berkaitan kepantasan dan stamina. Kadar getaran terendah dan jarak gelombang cahaya terpanjang (Lembu tidak boleh melihat warna merah tetapi mampu merasai getaran warna merah)

Kegunaan Terapi:
a) Mengawal buah pinggang, pundi dan bahagian bawah badan
b) Merangsang jantung, paru-paru, meningkatkan tekanan darah
c) Membantu penyerapan zat besi dan oksigen
d) Membina sel darah merah dan meningkatkan stamina.
e) Warna merah bertindak sebagai perangsang seks
f) Bagus untuk anak-anak sekolah
g) Untuk mengurangkan arthritis, tangan dan kaki sejuk dan tekanan darah rendah
Elakkan Warna Merah:
Ketika letih, tertekan, selsema dan jika menghidap darah tinggi

Digunakan Untuk Merawat :
Kaki dan tangan sejuk (circulation problem)
Jantung
Badan lesu dan lemah/Kurang tenaga
Demam/inflenza
Batuk/Sakit tekak
Tenaga lelaki / Tenaga wanita

MERIDIAN 2 : WARNA ORANGE
Jenis Batu Permata/Kristal:
Kuartza Orange, Jasper Orange, Akik Orange, Amber Orange, Carnelian Orange dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna orange

Keterangan:
Warna untuk kesehatan, kegembiraan dan motivasi
Kegunaan Terapi:
a) Membantu merawat masalah berkaitan sistem pencernaan, paru-paru, pankreas dan limpa
b) Pembuka selera dan sebagai perangsang seks
c) Sesuai untuk ibu yang menyusukan bayi
d) Membantu mengurangkan dahak, asma, kejang, osteoperosis dan lesu

Digunakan Untuk Merawat :
Kencing manis,
Jerawat,
Gout,
Gastrik,
Lemah minda dan lembab pemikiran,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Batu Karang,
Sakit buah pinggang,
Barah


MERIDIAN 3 : WARNA KUNING
Jenis Batu Permata/Kristal:
Citrine, Kuartza Kuning, Manikam (Topaz) Kuning, Nilam Kuning, Akik Kuning, Amber Kuning dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna kuning

Keterangan:
Warna matahari dan warna asas kepada kehidupan. Tenaga yang baik dari matahari terdapat dalam batu permata asli. Warna kebijaksanaan dan dapat merehatkan minda. Dikenali sebagai ‘desicive yellow’ (kuning ketegasan)
Kegunaan Terapi:
a) Menguatkan sistem saraf, sistem ketahanan badan dan fikiran
b) Membantu mengurangkan gangguan sistem penghadaman dan alergi
c) Membantu badan membuang toksin melalui kulit contoh ekzema, jerawat. Gunakan warna ini untuk melawan bakteria
d) Membaiki masalah kencing manis dan kegemukan
e) Melegakan masalah kekurangan kalsium
f) Letakkan kristal berwarna kuning/oren berhampiran meja komputer untuk mengurangkan radiasi dan meningkatkan konsentrasi.
Elakkan Warna Kuning:
Elakkan warna ini ketika loya

Digunakan Untuk Merawat :
Sembelit/Angin dalam perut/Sakit perut,
Gastrik,
Masalah hati/Hepatitis,
Sakit Kepala (migraine)

MERIDIAN 4 : WARNA HIJAU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Jed, Aventurine, Zamrud, Malakit Hijau, Akik Hijau, Zirkon Hijau dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna hijau

Keterangan :
Warna semulajadi yang melambangkan keseimbangan kasih sayang, kesihatan, kecantikan, kegembiraan dan pemikiran yang tegas
Kegunaan Terapi:
a) Membantu melegakan badan dan minda ketika menghadapi tekanan
b) Menyeimbangkan emosi
c) Menstabilkan tekanan darah, kandungan asid dan alkali dalam badan
d) Membantu mengurangkan kulit berminyak, jerawat dan tekanan
e) Gunakannya jika ingin mendapatkan ilham
f) Digunakan untuk rawatan terkejut, tekanan, demam dan ketakcernaan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi
Gastrik
Resdung
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Masalah hati/Hepatitis,
Barah


MERIDIAN 5 & 6 : WARNA BIRU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Nilam Biru, Lapis Lazuli, Turquoise, Kuartza Biru, Akuamarin Biru, Blue Sandstone dan lain-lain batu permata asli dan kristal asli berwarna biru
Keterangan:
Warna kedamaian, tenang dan relaks. Ia dikenali sebagai ‘colour of distance’ dan dapat membantu menenangkan fikiran. Juga dikenali sebagai ‘communicative blue’.
Kegunaan Terapi:
a)Meningkatkan kreativiti dan kebijaksanaan.
b)Memudahkan untuk mengingati ucapan
c)Membuang racun dalam badan
d)Digunakan untuk melegakan kesakitan, melecur yang teruk, degupan jantung yang tidak normal, bronkitis, asma yang teruk, demam, sakit kepala, sun burn, kegatalan kulit, susah untuk tidur, dan kanak-kanak yang terlalu aktif
Elakkan Warna Biru:
Warna ini tidak sesuai digunakan di ruang makan

Digunakan Untuk Merawat :
Darah tinggi,
Gout,
Resdung,
Jantung,
Sakit sendi/arthritis/rheumatism,
Sukar tidur (insomnia),
Masalah hati/Hepatitis,
Buasir (hemorrhoid)


MERIDIAN 7 : WARNA UNGU
Jenis Batu Permata/Kristal:
Amethyst dan semua batu permata asli dan kristal asli berwarna ungu
Keterangan:
Gabungan warna merah dan biru. Merah (Yang) adalah panas dan biru (Yin) adalah sejuk. Ledua-dua warna ini menseimbangkan tenaga. Warna ungu mempunyai getaran yang cepat dan dikenali sebagai warna yang menyembuhkan penyakit.
Kegunaan Terapi:
a) Berhubung dengan sistem saraf, kulit dan rambut
b) Merehatkan badan dan minda
c) Anti bakteria - baik untuk merawat jerawat dan ekzema
Elakkan Warna Ungu:
Elakkan warna ini jika terlalu sensitif

Digunakan Untuk Merawat :
Gout
Sukar tidur (insomnia)
Barah
Jerawat
Ekzema


WARNA YANG MEMBANTU PROSES PENYEMBUHAN SECARA MENYELURUH
WARNA PUTIH
Jenis Batu Permata atau Kristal:
Berlian, Zirkon, Batu Kuartza, Batu Kristal dan batu permata asli dan kristal asli lain yang berwarna putih
Keterangan:
Warna putih adalah warna asas dan merangkumi spektrum yang penuh untuk semua warna dan getarannya. Cahaya putih adalah cahaya dari matahari dan mempunyai tahap tenaga tertinggi. Dalam terapi getaran warna, warna putih digunakan dalam semua situasi untuk membantu proses penyembuhan penyakit
Kegunaan Terapi:
a) Warna putih adalah warna utama dalam getaran untuk badan dan minda
b) Boleh digunakan bersama warna lain sebagai penggalak penyembuhan.
c) Juga boleh digunakan jika spectrum warna lain tidak memberikan apa-apa kesan

Digunakan Untuk Merawat :
Berguna untuk menguatkan semua organ seperti:-
Pundi
Buah Pinggang
Gastrousus
Tulang
Kelenjar
Sistem Otot
Saraf
Sistem Imuniti


HEMATITE
Jenis Batu Permata/Kristal:
Hematite

Keterangan :
Hematite adalah batu asli yang boleh dijadikan sebagai magnet asli

Kegunaan Terapi:
Boleh digunakan untuk meningkatkan sistem imuniti manusia serta membersihkan darah. Ini disebabkan sel darah merah boleh dijajarkan dengan medan magnet untuk menjadi lebih efisyen menyahkan bakteria dan virus

Digunakan Untuk Merawat :
Sakit sendi
Mengurangkan berat badan
Merangsang kesihatan secara am
Meningkatkan tahap ingatan dan pemikiran


BATU PERMATA DAN KRISTAL 7 WARNA
Bagi mereka yang mempunyai gabungan pelbagai jenis penyakit atau penyakit yang memerlukan rawatan kesemua kategori warna, perlu menggunakan gabungan ketujuh-tujuh jenis warna berikut dan letakkan di setiap meridien selama 20 minit setiap meridian.
Untuk merawat :
Asma
Awet muda
Wanita selepas bersalin

Tidak ada komentar:

Posting Komentar